Media The Promised Neverland

Manga

The Promised Neverland ditulis oleh Kaiu Shirai dan dilukis oleh Posuka Demizu. Manga ini diterbitkan secara bersiri di Shōnen Jump Mingguan milik Shueisha dari 1 Ogos 2016 hingga 15 Jun 2020.[4][5] Shueisha mengumpulkan bab-babnya dalam dua puluh jilid tankōbon, dikeluarkan dari 2 Disember 2016 hingga 2 Oktober 2020.[6][7]

Pada Julai 2016, Viz Media telah mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan tiga bab pertama siri ini secara digital di majalah Shōnen Jump Mingguan.[8] Selepas itu, mereka menerbitkan bab-bab baru manga serentak dengan penerbitan di Jepun.[9] Jilid pertama yang dicetak di Amerika Utara telah dikeluarkan pada 5 December 2017.[10] Shueisha mula menerbitkan siri ini secara serentak dalam bahasa Inggeris di laman web dan aplikasi Manga Plus pada Januari 2019.[11]

Novel ringan

Empat novel ringan oleh Nanao telah diterbitkan. Novel ringan pertama, bertajuk Yakusoku no Neverland: Norman kara no Tegami (約束のネバーランド~ノーマンからの手紙~, terjemahan. "The Promised Neverland: Surat dari Norman"), telah dikeluarkan pada 3 Jun 2018.[12] Novel ringan kedua, bertajuk Yakusoku no Neverland: Mama-tachi no Tsuisōkyoku (約束のネバーランド~ママたちの追想曲~, terjemahan. "The Promised Neverland: Lagu Kenangan Ibu"), telah dikeluarkan pada 4 Januari 2019.[13] Novel ringan ketiga, bertajuk Yakusoku no Neverland: Sen'yū-tachi no Rekōdo (約束のネバーランド ~戦友たちのレコード~, terjemahan. "The Promised Neverland: Rekod Rakan Seperjuangan"), telah dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. Kisah tersebut mengikuti Lucas dan Yuugo.[14][15] Novel ringan keempat, bertajuk Yaksoku no Neverland: Omoide no Film-tachi (約束のネバーランド ~想い出のフィルムたち~, terjemahan. "The Promised Neverland: Filem Kenangan"), telah dikeluarkan pada 4 Disember 2020, dan jalan ceritanya berlaku selepas finale manga. Novel tersebut mengisahkan Emma, Norman dan kawan-kawannya bercakap tentang memori mereka.[16]

Anime

Sebuah siri televisyen anime telah diumumkan di Shōnen Jump Mingguan pada bulan Mei 2018.[17] Siri ini dianimasikan oleh CloverWorks dan diarahkan oleh Mamoru Kanbe, dengan Toshiya Ono mengendalikan komposisi siri, Kazuaki Shimada mengendalikan reka bentuk watak, dan Takahiro Obata menggubah muzik siri ini.[18] Siri ini disiarkan untuk 12 episod dari 11 Januari hingga 29 Mac 2019 di blok pengaturacaraan anime lewat malam, Noitamina yang merupakan milik Fuji TV.[19][20] Ia disiarkan secara langsung di Amazon Video, tetapi hanya di Jepun, bertentangan dengan kontrak yang memberikan Amazon hak penstriman eksklusif untuk rancangan yang telah disiarkan di Noitamina sejak Musim Bunga 2016, kerana Wakanim mempunyai hak penstriman eksklusif di Perancis.[21] UVERworld menyanyikan lagu tema pembukaan siri ini "Touch Off", manakala Cö shu Nie menyanyikan lagu tema penutup siri ini "Zettai Zetsumei" (絶体絶命, "Desperate Situation") dan "Lamp".[22][23]

Musim kedua telah diumumkan pada Mac 2019.[24] Pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan secara perdana pada Oktober 2020,[25][26] ia telah ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.[27] Musim kedua disiarkan di Noitamina milik Fuji TV dari 8 Januari sehingga 26 Mac 2021.[28][lower-alpha 1] Kakitangan utama dan para pelakon kembali untuk mengulangi peranan mereka dan penulis manga asal Kaiu Shirai bekerjasama untuk skrip dan memantau senario asli untuk musim tersebut,[30][31] walaupun namanya telah dikeluarkan dari kredit episod-episod akhir.[32] Kiiro Akiyama menyanyikan lagu tema pembukaan musim kedua "Identity" (アイデンティティ, Aidentiti), manakala Myuk menyanyikan lagu tema penutup musim kedua "Mahō" (魔法, "Magic").[33][34]

Di Amerika Utara, siri ini dilesenkan oleh Aniplex of America dan ia mula distrimkan di Crunchyroll, Hulu, Funimation dan Hidive pada 9 Januari 2019.[35][36][37] Funimation menambahkan alihsuara Inggeris untuk siri ini dalam perkhidmatan penstrimannya pada 1 Julai 2020.[38] Musim pertama anime ini disiarkan di blok pengaturcaraan Toonami milik Adult Swim bermula pada 14 April 2019.[39][lower-alpha 2]

Filem aksi langsung

Sebuah adaptasi filem aksi langsung ditayangkan secara perdana pada 18 Disember 2020.[41][42] Diarahkan oleh Yūichirō Hirakawa dengan Noriko Gotou mengendalikan skrip filem ini, ia membintangi Minami Hamabe sebagai Emma, Jyo Kairi sebagai Ray, Rihito Itagaki sebagai Norman,[43][44] Keiko Kitagawa sebagai Isabella, dan Naomi Watanabe sebagai Krone.[45] Pelakon untuk Krone terpalit dengan kontroversi kerana wataknya digambarkan hitam dalam manga dan anime, sementara Watanabe sendiri adalah orang Jepun.[46]

Siri aksi langsung

Pada Jun 2020, ia telah didedahkan bahawa Amazon Studios dan 20th Television sedang membangunkan sebuah siri aksi langsung berbahasa Inggeris adaptasi dari manga ini untuk Amazon Prime Video. Rodney Rothman dari Spider-Man: Into the Spider-Verse sedang mengarahkan siri ini manakala Meghan Malloy menulis plot. Rothman, bersama dengan penerbit filem Death Note Masi Oka, dan Roy Lee dan Miri Yoon dari Vertigo Entertainment merupakan penerbit eksekutif untuk siri tersebut.[47]

Permainan video

Pada Januari 2021, ia telah diumumkan bahawa siri ini akan mendapat sebuah permainan telefon pintar.[48] Permainan ini dibangunkan oleh GOODROID dan diterbitkan oleh CyberAgent.[49]

Sebuah acara crossover antara The Promised Neverland dan permainan video Identity V telah dikeluarkan pada Februari 2021.[50] Sebuah lagi acara crossover, dengan permainan telefon pintar Jepun Jumputi Heroes, telah dikeluarkan pada Mac 2021.[51]

Rujukan

WikiPedia: The Promised Neverland http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2019-... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-07-25/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-01-27/sh... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-09-26/th... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-09-26/th... http://www.comicbookbin.com/thepromisedneverland00... http://www.comicbookbin.com/thepromisedneverland00... http://neverland-anime.com/ http://neverland-animeusa.com